SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 MAC 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 7 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU)Tujuh (7) negeri iaitu Kelantan (73%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (62%), Johor (61%), Selangor (60%), Perak (53%), dan WP Labuan (57%)menunjukkan peratusan pengisian  50%;
  • Katil Bukan ICU: 11 negeri iaitu Selangor (109%), WP Putrajaya (104%), WP Kuala Lumpur (94%), Perak (92%), Perlis (91%), Kelantan (85%), Terengganu (82%), Sarawak (72%), Pahang (67%), Johor (67%), dan Pulau Pinang (57%) menunjukkan peratusan pengisian  ≥ 50%;
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (59%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 223 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator25%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 7 Mac 2022, sebanyak 1,869 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital (Rajah 1) dengan kategori berikut:

  • 725 kes (38.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,144 kes (61.2 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 7 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 30,726 kes [3,311,854 kes kumulatif (90.8%)];
  • Kes baharu: 26,856 kes (3,649,463  kes kumulatif);
  • Kes import: 211 kes [193 warganegara (91.5%); 18 bukan warganegara (8.5%)];
  • Kes tempatan: 26,645 kes [25,955 warganegara (97.4%); 690 bukan warganegara (2.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 368 kes (153 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 223 kes (81 kes disahkan COVID-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,856 kes harian yang dilaporkan pada 7 Mac 2022:

  • Kategori 1: 10,160 kes (37.83%);
  • Kategori 2: 16,508 kes (61.47%);
  • Kategori 3: 81 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 57 kes (0.21%); dan
  • Kategori 5: 50 kes (0.19%).

Daripada 188 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 Mac 2022:

  • 63 kes (33.51%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 80 kes (42.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 45 kes (23.94%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 103 kes (54.79%) berumur 60 tahun dan ke atas
  • 83 kes (44.15%) mempunyai komorbid; dan
  • 3 kes (1.60%) kes adalah kes ibu mengandung

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,849 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,404 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 445 kluster

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 7 Mac 2022

NEGERINILAI RT
Sarawak1.31
Perak1.21
WP Kuala Lumpur1.20
Terengganu1.17
Negeri Sembilan1.10
Pahang1.09
Melaka1.08
Selangor1.07
Perlis1.05
Pulau Pinang1.05
Kedah1.05
WP Putrajaya1.03
Kelantan1.00
WP Labuan0.96
Johor0.96
Sabah0.82
MALAYSIA1.05

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

CREDIT: KPKESIHATAN